fatasyastory







(: NAK 'KITA' YANG MANA SATU? :)
Thursday, 19 March 2015@ 12:18 am 0 ☰

(: Assalamualaikum peeps :) 



하나님은 생명이 후 지구로하여 하늘에서 비가 & 주어진 생명을 보냈습니다

そして神はその活気がないの後に地球に、それによって空から雨&与えられた命を送った

Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Ia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya)

******

" Panas gila harini ! Sumpah tak tahan dah niiii "

" Kau lek je lah. Ekuinoks kan. Bulan 4 habis la tu insyaallah "

" Urgh lambat lagi nak tunggu camtu. Nak hujan nak hujan "

" Bising la kau " 

******

" Sejuknyaaa. Menggigil dah lutut aku derr "

" Okaylah tu sejuk. Kang panas bebel je memanjang "

" Nak haba nak panas. Asik keluar masuk tandas je dari tadi ni "

" Syadap kau ! "

******

Hahaha panas asyik mengeluh, sejuk asyik membebel. Aigoooo mana satu yang kita nak ni? Btw, story kat atas tu takde kaitan sama ada hidup atau pun yang dah takde kay. 

Actually sekarang kita memang tengah mengalami musim panas yang agak ekstrem sampai mandi pun masih berpeluh *serious talk* . Imagine la kan, bagaimana aku menghadapi hari hari di sekolah pabila kedudukan aku yang amatlah 'strategik' iaitu di sebelah tingkap yang pokok pokok di situ macam hidup segan mati tak mau. Kelas pagi je matahari dah memencar ke muka aku dan gaya macam ada Nur je dapat masa belajar kan. Masuk tengah hari ke petang, belakang ni rasa dah macam dibako bako panasnya. Tapi, redha je la. Nak belajar kan, nak tuntut ilmu kan, nak straight A+ SPM kan Ahaaha. 

So, memang kita ni jenis manusia tak pernah puas hati dengan benda sekeliling kita. Contoh yang senang diambil la kisah Luqman al-Hakim dengan anak dia naik keldai tu. Buat tu salah, buat ni salah. Semua salah. Semua ada je yang tak puas hati. Macam sekarang la, bila sejuk, kita nak panas. Bila panas kita nak sejuk. Okaylah. Memang perasaan tak pernah puas tu susah nak dibuang dalam diri kita but at least try untuk sisipkan perataan syukur dalam diri kita. Cuba hiasi diri kita dengan kalimah suci ALHAMDULILLAH ni setiap masa. Setiap apa yang kita dapat tak kisah la walaupun rezeki tu sebesar zarah sekalipun, titipkan la rasa syukur kita kepada Allah. Kalau kita terima benda yang buruk sekalipun, cuba kita pandang kebaikan dalam setiap permasalahan kita hadapi. Insyaallah ada hikmah setiap perkara yang berlaku. Tu pun depends kat diri kita. Kalau kita sabar tak carut sana sini, Insyaallah perlahan-lahan kita nampak apa yang baiknya. Okay gais ? Hehehe ^^


Tadi tu untuk 'kita' yang asyik merungut tak sudah. Ni pulak untuk 'kita' jugak iaitu bagaimana nak hadapi makhluk yang sebegini rupa. Wuups! Ehehe. Mungkin lepas 'kita' dah pupuk sikap sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah tu, kita dapat pulak ujian nak hadapi orang lain yang sikapnya seperti 'kita' yang dahulu. Tegur la mereka ni dengan cara yang sopan, tutur kata yang lemah lembut. Jangan seperti di atas tu. *But kalau aku pun lama-lama hadap orang camtu, naik bengang la jugak kan* Kita nasihat dalam-dalam bagi masuk dekat dengan hati dia. Biaq lekat naa apa yang kita duk bagitau tadi dekat lubuk sanubari dia. Kalau dia duk merentan ketegaq [degil] sangat, jangan kita duk maki dia pung pang pung pang. Sabo je lah. Biar lah dia kan. Orang dah tegur, takmau dengar. Tapi ada bagusnya jugak orang yang ketegaq camni, ada rahmat orang kata. Yelah, wujudnya mereka mereka seperti ini adalah untuk mengajar kita untuk menjadi orang yang sabar. Bahan eksperimen ke? Wallahualam la. So, bila nak tegur orang, nak nasihat orang, fikir dalam dalam jangan nak mempiggy buta. Okay gaiiis ? Lepas tu bila tetiba la kan, tahap sabar kita dah rasa macam nak meletup. Ingat ni!


Humph mungkin ada yang pelik kenapa aku post macam la aku ni alim zangat kann. Entahlah. Saja nak alih arah. Asik bercerita je. Lagipun Rasulullah ada bersabda " Sampaikan dariku walau sepotong ayat " . Malam ni pun terasa nak share apa yang terfikir dalam kepala ni dan tangan pun dengan laju menaip tanpa had dan batasan ceh. Intihanya, jangan jadi 'KITA' yang kuat merungut tapi jadilah 'KITA' yang banyak bersyukur. Jadilah 'KITA' yang banyak bersabar dan berfikir. Wallahualam. Assalamualaikum. 

Hamba Allah,
Asya.




I II III IV V VI VII