fatasyastory







(: LAST MONTH :)
Wednesday, 11 June 2014@ 5:05 am 0 ☰

(: Assalamualaikum peeps :)

Hallo hallo I'm in the house . Hoho gedik sangat lah tu . Okay done mengemaskinikan blog saya yang sudah lama ditinggalkan tuannya . Eish siapalah tuan dia ni , kejam ! Hoii mirror ! Umur aku pun still 15 tahun . Nampak sangat memang aku tak mengupdate blog aku sekian lama . Hikhok last update 23 Mac . Itu pun just TERshare video tu kat blog . Okay dah boleh start cerita ? Membebel -,-

030514

Hehehe tarikh yang bermakna . Pasal apa ? Adalah cehh . 

BAMBROONGSASNA SCHOOL VISIT SUKSES 

Hamboi excited kau ! Haha kay al-kisahnya pabila tahun lepas , sekolah aku a.k.a SUKSES tu pergi la ke sekolah yang namanya tertera di atas *malas nak taip , panjang sangat* di Thailand . Apa nama tu pengataraan entah apa la tak tau . So tahun ni kira diorang balas balik la kunjungan tu . Alahh pape je la . Yang pastinya seramai 2 orang lelaki dan 5 orang perempuan yang datang . Tak silap aku . So yang datang duduk kat mahligai 4SN1 ialah Dolrosee a.k.a Rosee dan Saharat Saraya a.k.a R-Rach . Diorang actually lagi tua dari kami yang berumur 16 tahun dalam kelas tu . Tapi disebabkan takmau kacau kelas periksa ( form 5 ) waktu tu , diorang kena la masuk kelas-kelas tingkatan 4 . Cehh buat konklusi sendiri kau ni ! Haha nak cakap dengan dua orang jejaka ni memang sangat la susah . Susah weyh ! Macam itik cakap dengan ayam . Sorang cakap melayu , sorang cakap thailand . Tapi diorang belajar banyak bahasa melayu dan kami pun belajar jugak bahasa diorang . Uhhh comel dan lembut bahasa diorang . Setiap waktu dan masa kitaorang mesti bergambar . Kena buat tarian P-Shone *First Love* . Tapi seminggu je diorang duduk sini . Tapi hot jugak kedatangan diorang ke sini sampai masuk surat khabar . Aku pergi korea lek je . Cehh bajed pernah sampai korea ! Tapi sampai sekarang masih contact . contact melalui apa ? Facebook of course . Chatting guna bahasa melayu le ! Apa guna google translate ye dak ? Tapi seriously rindu diorang tahap cipan ! Yang si Rosee ajak datang Thailand . Wahh ntah bila la aku nak sampai sana -___-" Yang gambar kiri tu haha nampak kan aku jadi P-Nam kat situ -,- Dan gambar yang last sekali tu memang comel . Takyah cakap pon tau dah ceh !


:: Setelah diedit oleh Cik Editor ::


:: Okay Kak Koize Selfie ! Cantik pulak Cik Editor ni edit ::


:: Gwiyomi Gwiyomi ::


030614
Okay pada tarikh ni orang dik sibuk bercuti dan kami pun bercuti ke UPM . Jyeah ! Kitaorang kena pergi UPM sebab projek inovasi tu la . Wahh memang aku benci masa hari pertama . Boleh pulak aku muntah-muntah masa nak pergi UPM tu . Lahaiii . Dengan takde selera makannya . Habis melayang duit tapi makan 5-6 suap je buat apa ? Tapi selepas aku makan panadol active fast sebanyak dua biji  yang dibelli oleh cikgu Zulaiha pada malam itu *skemanya ayat* , esoknya serta merta aku bertenaga . Cehh Alhamdulillah . Terus meningkat nafsu makan aku . Hoho . Sangat seksa bila apa yang aku makan tak boleh masuk oesophagus aku . Hari kedua pergi The Mines . Wuuu best best . Kat sana ada jumpa bot tu . Ingatkan nak naik so aku dengan Shareen tanya la akak tu berapa harga dia . Wahh murah gila ~~~ RM28 just untuk pusing-pusing . Takpe la kak . Saya bergambar dengan bot tu pun kira okay la -,- And hari last , kitaorang dibenarkan pergi melawat perpustakkan UPM . Wuuu ada blok B blok A . Besar ! Tapi part yang paling best bila aku masuk bilik yang ada buku-buku master dan PHD yang ditulis sendiri oleh students . Kira tesis la ni . Bapak ah tebal gila . Rasa macam seram nak jadi student U . Hoho . InsyaAllah nama aku bakal dicatat di situ . Tapi bukan di UPM la ! 


:: First time jumpa monopod live hikhok ::


:: Eleven of us . Muka kepenatan menunggu nak masuk library ::


:: Tidur ke ? Panas weyh ::


:: Siapa la yang buat peace tu ? Baju korperat ! Shareen macam patung -,- ::


:: Cikgu Zahirah yang menemani Cikgu Zulaiha ::


:: Cikgu Muzaffar yang mencari cari namanya di buku padahal takde pun ::

Haha okaiss . Tak banyak sangat nak diceritakan . Okayy doakan result mid term aku ea ? Hopefully takde yang gagal wuuu . And doakan untuk inovasi aku jugak . Harap menang untuk Festi :) Aamin . Wish me luck . Till the end Assalamualaikum .

P/s : Perasaan bertepuk sebelah tangan ? Let it go boleh ? Haha Tired of Waiting :)


Lonely girl ,
Syaa









I II III IV V VI VII