fatasyastory







(: BKB 191213 :)
Saturday, 21 December 2013@ 3:17 am 0 ☰

(: Assalamualaikum Peeps :)

K dah lama tak update . Malas nak on lappy . Sampaikan nak edit blog Teha pun aku tak siap lagi . Sorry ek Teha . Nanti aku tukar kan eh ? *muka comel* 

K today I want to post about ... 

19 DECEMER 2013 

So kenapa dengan tarikh ni ? Weyh satu Malaysia tau kenapa . Result PMR keluar tarikh ni . Harap maklum . Hahaa Hari Khamis . Dengar khabar PMR Terbaik . Tapi pada aku tiap tiap tahun aku dengar PMR terbaik kat berita . Hahaa taktau betul ke tak . Tapi just naik 0.41 peratus je kan . Apalah sangat kan .... Kannnn -_- *Naik jugak*



And aku adalah mangsa PMR 2013 tahun ni . Pergh haii , memang seram kau tau nak menunggu waktu cemas cemas macam ni . Boleh kata makan tak lena , tidur tak basah , mandi tak kenyang tau ? Ehhh salah ? Hahaa kisah apa aku ? Malam nak tunggu result tuuu , Ya Allah . Macam apa kut . Mak aku cakap muka aku dah macam mayat hidup je . Makan nasi pun secoet je . Hahahahhaa lawak kay lawak . Aku duduk menghadap lappy . Baca tweet bebudak ni . Status kat facebook . Perghh memang lagi seram aku .Tapi ada status ni melemahkan semangat aku . Bukan aku sorang je , satu batch aku la pastinya . Hahahaha macam macam dah diorang post kat group . And malam tu , badan aku panas . Panas woii nak demam . Akak aku suruh tidur awal . K .



Pagi tu bangun , muka pending tahap cipan . Hahhaa macam ni la pendingnya muka aku . Comel kan ? Itu saya tau . Mwehehe Dah siap subuh aku tidur balik . Then bila bangun , aku dah sejuk . Sejuk weyhh . Nak ambik baju sekolah pun dah menggigil . Gilaa kau ! Lepas tu buat kejap solat Dhuha , bagi hilang gementar di jiwa raga ini . Bukak fb jap , wuuuu terharuu wuu . ada yang masih wish lagi . Wuuu masyehh wuuu . KP la tak boleh bla . Malam tu saja je mintak dia wish yang special untuk aku . Tapi dia taknak . Wat lek wat peace . Pagi pagi dah ada wish yang gila bapak panjang lebar . Hahaha thanks bro . Wa terharu beb ! And nak tunggu akak aku bersiap pagi tu macam apa . Sabar aje . Tak bagi parents datang sebab nak buat surprise . Puihh surprise sangatt . Dari 9.45 ke 10 ke 10.15 . Last-2 aku try try ah nak hantar SMS kan . Ermm SENDING FAILED . Pergi pukul 10.25 last last =='

Sampai sekolah pukul 10.30 . Sampai je kat depan dewan , nama 8A tengah umum . Aku dengar nama NURHANIS IZZATI BINTI AZMAN . Wahhh tahniah hanis ! Aku dah menggigil naik tangga . Ermmm masuk dewan , nama dah habis . Pergh haiiii . Aku rasa dah terkontang kanting keseorangan kat situ sebab akak aku cari parking . Nak duduk takde kerusi . Tapi yang pelik bebudak ni cakap tahniah . Ehhh pending kay pending -,- Lepas tu aku terus cari Hanis . Dia cakap aku tak naik pentas ke ? ERK ?

Fatha , kau dapat straight la !!!!

Pending lagi . Hari kependingan aku sedunia rasanya . Dia suruh aku ambik frame kat cikgu . Aku pun pergi cari cikgu Ayu mintak slip . Macam mayat hidup sebab aku tak percaya . Hahaha Pendekkan cerita , aku cari la cikgu cikgu cakap tongkayu kat diorang . Hahaaa yang paling lama aku borak dengan cikgu Azwati rasanya . Then bergambar and balik . 


Aku tipu parents aku . Cakap dapat 6A je . Satu family la kena kelentong . Balik rumah kena marah la pastinya sebab kena tipu . Sorry mak abah . Hehe air mata aku tak tertahan tengok mak nangis . Alhamdulillah aku berjaya . Mata abah merah je masa peluk aku . Aku faham perasaan abah . Menangis dalam hati je . Akak akak aku dua orang dapat dekan dan aku berjaya jugak macam diorang . Alhamdulillah . Tak tau macam mana nak gambarkan perasaan tu . Tengok mak abah menangis kegembiraan pun dah bahagia bagi aku . 


On facebook , ramai wish tahniah . Kak seha tak sabar nak menahu sampai Cc kat tweet dia . Hehehe kak mira dah suruh IM numb aku kat dia . Calling lagi . Thanks for the wish . Thanks jugak dekat parents , cikgu cikgu aku yang banyak bersabar dengan karenah aku , kawan kawan yang selalu tolong aku belajar and pihak wow coaching yang banyak bagi kata semangat  . Thanks again . 

Tahun ni 28 orang dapat straight . Sejarah pada Sukses sebab sikit pelajar straight . Hurm mungkin ada hikmah . Maaf . Kami manusia ada perasaan . Bukan nya kitaorang mintak doa ,

" Bagi la kami keputusan teruk . Biar nama sekolah buruk " 

Orang bodoh pun takde la doa macam ni . Dah rezeki kitaorang dapat . Theres nothing happen for a reason . Yeah . Bila baca ucapan 'tahniah' macam tu , hati siapa je tak terkilan ? Bagitau boleh ? HAHA lepas penat 'memuji' , mintak maaf . Keluar la semua . Sedangkan nabi pun ampunkan ummat . Hurm seriously aku manusia . Sabar manusia ada batas . Aku bukan Nabi Muhammad saw yang maksum . Terpelihara daripada dosa maksiat . Manusia biasa yang tak sempurna . Mulut boleh cakap 

" Okaylah kitaorang maafkan " 

tapi hati ? Parut pernah ke hilang ? Mungkin hilang tapi dalam tempah yang lama . HAHA biarlah . Bahagian kitaorang rasanya . Tapi BKB sentiasa di hati . Stay strong friends . Aku bangga dengan pencapaian kita ! Congrates to all ex-PMR Candidates in Malaysia .


Lepas ni , kena menghadap apa pulak ? Zaman tingkatan empat . Haihh tak sanggup . Again perpisahan . Sedih bila diingatkan . Kawan kawan ramai nak pindah . Serious tak sanggup . Bayangkan naik sekolah , ada kawan kawan kita yang takde . Kawan baik aku pun takde . Ya Allah . Berikan kami kekuatan . BKB SEASON 2 . Masuk budak baru . Ahli baru . Hailaaaa sedih ! Ada yang chat luahkan perasaan kat aku . Lagila bertambah tambah sedih . Entahla . Penat nak hadapi perpisahan . Terima qada qadar Allah . Mungkin dah tertulis di Loh Mahfuz kan ? K . Till the end Assalamualaikum . 









I II III IV V VI VII